Rainbow

Peringatan Untuk Anda

Assalamualaikum awak :) Jangan 'copy' cerita saya ya! Love you!

Khamis, 28 November 2013

Tutorial : Cara-cara Meletak Header Blog


Hai... hai... hai! Bertemu kembali kita dalam blog Nahnu Muslimah. Ada juga orang yang tertanya-tanya, 'nahnu' itu maksudnya apa? Hahaha... kalau nak tahu, 'nahnu' itu bahasa arab yang bermaksud 'kami'. Faham?

Dulu, saya dah tulis macam mana hendak buat blog, bukan? Kali ini, saya akan bercerita tentang cara-cara meletak header di dalam blog. Macam mana? Senang sahaja! Semudah makan kacang hijau yang rangup!

Mula-mula, pergi www.blogger.com. Kemudian, klik go to post list. Seterusnya (amboi, macam karangan pula! Apa penanda wacana >_<), di sebelah kiri anda, ada tertulis :

Overview
Post
All (yang ini tak wajib)
Pages
Google+
Stats
Earnings
Layout
Template
Settings

Klik Layout. Okey, sekarang tengok, di atas sebelah kiri ada tulis Favicon, bukan? Di atas sebelah kanan pula, ada tulis Navbar, ya tak? Kalau anda ada, ataupun tak ada, tengok title blog anda. Contohnya, title blog ini : Nahnu Muslimah. Ianya akan tertulis, contoh : Nahnu Muslimah (Header). Klik Edit. Kalau nak tulis description, tulislah. Kalau tak nak, tak perlu tulis. Klik choose file, dan pilihlah gambar mana yang mahu dijadikan header. Tambahan, untuk blog ini, kami klik instead of title and description dan juga shrink to fit. Kalau nak klik, klik. Kalau tak nak, tak perlu klik.

Kemudian, tekan save. Dan akhir sekali, klik save arrangement. Klik View your blog untuk melihat hasilnya. Enjoy!

As always, kita perlu sentiasa mengingati-Nya agar Dia tidak melupakan kita. Entri ini akan diakhiri dengan tasbih kifarah dan suratul asr.

Wassalam...

Yang Sayangkan Dunia Blogging,
Admin e-Na Mimi

Rabu, 27 November 2013

Tutorial : Cara-cara Membuat Blog Secara FREE


Hai... nama saya Aimi! Ini blog Nahnu Muslimah. Tempat para muslimah sejati berkumpul. Cewah! (gara-gara terpengaruh dengan cerita kartun Upin dan Ipin. Muehehehe!)

Hari ini saya hendak beritahu cara-cara membuat blog secara FREEEEE! (amboi! Melampaunya...) Nak tahu macam mana?

Macam ni!

Mula-mula, kalau awak-awak dah ada email google... Apa? Tak tahu apa itu email google? Email google itu, emailnya macam ni. CONTOH : kamimuslimah9@gmail.com

Perhatikan perkataan @gmail.com di belakang. Kalau tidak ada email google, saya tidak tahu boleh atau tidak buat blog. Sebabnya, saya gunakan email google untuk membuat blog. Okey! Seterusnya, kalau awak dah ada email google, sign in sahajalah. Kalau awak tak ada email google lagi, sign up. Macam mana?

Macam ni!

Pergi Google. Tak tahu apa itu google? Hurmmm... okey, sila klik --> INI. Dah klik? Bagus! Tekan sign in di atasnya. Macam ini!

Maaf, tiada gambar untuk diupload!

Kemudian, tekan sign up ataupun create an account. Then, isi semua tempat kosong di situ tanpa ragu-ragu. Macam isi borang. Tapi lain sedikit. Seterusnya, tekan I agree with Google terms of service ____________ bla bla bla (tak ingat sangat. Pandai-pandailah tekan ya!)

Kemudian, tekan next step. Langkah yang seterusnya, sila pegang phone awak, ataupun mak ayah awak. Pegang kemas-kemas ya! @~@

Kalau di ruang kosong tu tak ditulis lagi nombor telefon yang sedang dipegang, tulislah nombor telefon tu. Selepas itu, ada bendera negara, tekan dan pilih bendera negara Malaysia. Okey?

Then, sila klik text message (SMS). Tekan Continue. Akhirnya, tulis nombor kod yang dihantar Google melalui SMS itu. :) Senang!


Nanti akan keluar profile awak. Kalau nak add gambar, add sahajalah. Kemudian, tekan next step. Seterusnya, get started.


Buka new tab, dan tulis www.blogger.com. Tulis kata laluan awak, dan tekan continue to blogger. Akhir sekali, klik new blog. Just Choose your template, adress blog and start blogging!

Hmmm... panjangnya punya step! Harap awak tak pening! #_# Itu kalau awak tak ada email google lagi. Kalau dah ada, terus tulis www.blogger.com dan start blogging!

Jom akhiri entri ini dengan berselawat ke atas Dia Yang Maha Esa dan junjungan Nabi Muhammad S.A.W.. Serta tidak lupa, tasbih kifarah dan suratul asr.

Wassalam...

Yang Suka Berblogging,
Admin e-Na Mimi

Isnin, 11 November 2013

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2013



Hai semua!

>#<

<~<

*^*

$^$

%@%

#^#

Stop! Apa yang saya buat ini?

Hahaha... sengaja sahaja saya buat benda yang langsung tidak berfaedah ini. Muahahaha!!!!!

Jom tengok, apa yang berlaku semasa majlis cemerlang ini berlangsung.

Tengok, jangan tak tengok!



Tengok! Banyak bintang dia boleh! 1 bintang = 1 anugerah!


*Tokoh Murid (P) 2013


*Ketika bacaan doa


Banyaknya hadiah!~ Dengki I (gediknya!)!


Comelnya budak-budak ni! Makeup tebal tu!


Sebenarnya mereka ('Aisyana (bukan nama sebenar) dan Rasya) ni BFF (best friend forever). Insya-Allah...


The VVIP's

Info tambahan : Saya, Kina dan Tasha merupakan ahli Kami Muslimah yang telah berjaya memenangi anugerah. Manakala Nasha dan Mayra cemerlang dalam peperiksaan, namun sayangnya mereka tidak dapat hadir.

Nak tengok lebih banyak gambar?

Perkara mudah! Segalanya di hujung jari! So, tunggu apa lagi?

Just a click! --> Skpbb Kuala Terengganu

Kita mengharapkan keberkatan dalam blog ini sentiasa. If Allah wills. Amin... Oleh itu, bersama-samalah kita membaca tasbih kifarah dan suratul asr.

Wassalam...

Yang Berbahagia,
Admin e-Na Mimi