3 bulan yang lalu...
Cuaca pada hari ini sangat baik. Julie, Mei Mei dan Marshalya sudah berjanji untuk bersama-sama ke shopping complex pada hari itu.
"Ju, mana you? I dengan Marsha dah sampai. Cepatlah sikit..." rengek Mei Mei seperti budak kecil.
"Mei, I rasa I tak boleh pergilah hari ini. Kereta I ada masalah lagi... You pun tahu, my car dah buruk sangat. Sorry dear... Lain kali kita pergi sama-sama. Hari ni, you pergi dengan Mar sahajalah. I'm sorry girl..." pujuk Julie dengan harapan bahawa Mei Mei dan Marsha memaafkannya.
"My dear Julien, kenapalah you masih bawa kereta buruk itu. You tak malu ke? Kalau I lah... memang dah lama I buang kereta tu. Kereta tu layak masuk tong sampah sahaja, you tahu tak? You mintalah dengan parents you kereta baru. Habis cerita," rungut Mei Mei. Gayanya bercakap seolah-olah sebuah kereta berharga cuma RM1! Inilah anak-anak muda zaman sekarang. Diberi kemewahan yang melampau membuatkan mereka lupa jati diri mereka yang sebenarnya.
"Ya, ya... Nanti I cakaplah dengan parents I. Okey bye, Mei. I'm sorry," Julie menutup telefonnya. Huh... inilah akibatnya jika dilahirkan dalam keluarga miskin! Tidak habis-habis dihina. Mahu membeli-belah pun susah, keluh Julie sendirian.
Julie melangkah ke bilik tidurnya. Rancangan untuk bergembira pada hari ini terpaksa dibatalkan. Semuanya disebabkan kemiskinan yang membelenggu keluarganya. Ergh!
"Juminah... mari tolong mak, sayang," panggilan si ibu yang bersahutan membuatkan Julie menjadi rimas. Hendak bergembira tidak boleh, hendak berehat pun tidak boleh?
"Mak ni, tak habis-habis menyusahkan orang! Geram betul! Ju nak tidur pun tak senang!" jerit Julie. Mukanya ditekup dengan bantal.
Puan Maimunah hanya mampu menggeleng mendengar jeritan anaknya. Air mata jernihnya hampir menitis, namun tetap cuba ditahan. Di mana salahnya ketika mendidik Juminah? Apakah perubahan sikap Juminah itu disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya? Sungguh kesabarannya benar-benar teruji.
Suami Puan Maimunah, Encik Firdaus sudah lama menghilang entah ke mana. Sejak kehilangan suaminya, Julie banyak berubah. Dia sudah tidak rajin ke dapur. Prestasi pembelajarannya juga telah merosot.
"Huh!"
Puan Maimunah tersentak lagi apabila mendengar bunyi pintu rumah dihempas kuat. Itu tentu Juminah. Siapa lagi kalau bukan Juminah? Dia pasti keluar lagi.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan