Rainbow

Peringatan Untuk Anda

Assalamualaikum awak :) Jangan 'copy' cerita saya ya! Love you!

Khamis, 17 Oktober 2013

e-Cerpen : Menunggu Hidayah [Akhir]



"Juminah, kamu mahu ke mana?" tanya Puan Maimunah dengan lembut. Mata tuanya merenung Juminah a.k.a. Julie yang memakai baju T-shirt sendat. Walaupun hatinya meronta-ronta untuk melarang anaknya daripada keluar dengan memakai pakaian sebegitu, namun Juminah tetap Juminah. Dia pasti Juminah tidak akan mendengar nasihatnya.

      "Mak, mana baju T-shirt warna pink Ju? Mak ada nampak tak?" soalan berbalas soalan.

      "Oh... baju itu ya? Mak lap lantai dengan baju tu sebab nampak baju tu dah tak muat dengan kamu. Kenapa Juminah? Kamu hendak buat apa dengan baju itu?" jawab Puan Maimunah dengan jujur.

      Mata Julie membulat. "Apa? Mak lap lantai dengan baju itu? Mak tahu tak, baju tu masih padan dengan Ju? Ju masih slim okey... Bukan macam mak! Pinggang melebar, perut buncit!"

      "Astaghfirullahalazim... Juminah! Kamu sedar tak kamu sedang bercakap dengan siapa? Ini mak kamu! Mak yang mengandungkan kamu selama sembilan bulan sepuluh hari tanpa mengeluh, tahu! Sampai hati kamu buat mak macam ni!!!" air mata Puan Maimunah gugur. Hatinya benar-benar sakit mendengar ungkapan anak tunggalnya yang kedengaran begitu hina.

      "Isy orang tua ni! Asyik menangis sahaja kerjanya! Muak betul aku dengan kau ni!" tengking Julie.

      Air mata Puan Maimunah semakin laju mengalir.

      "Hoi! Senyaplah! Aku nak cari baju lain pun tak senang! Memekak sahaja," tengking Julie lagi. Namun kata-kata Julie tidak diendahkan oleh Puan Maimunah yang terus menangis.

      Julie berang. Sebuah penampar hinggap di pipi kiri ibunya. Puan Maimunah tersentak.

      "Juminah! Kenapa kau tampar emak kau? Hisy budak ni! Ya Allah... Kak Munah tak apa-apa?" Jiran sebelah rumah mereka iaitu Puan Aisyah segera mendapatkan Puan Maimunah yang pengsan.

      Julie cuak melihat ibunya yang pengsan. Dia merengus geram sebelum keluar dari rumahnya.

      Puan Aisyah hanya memandang Julie keluar sambil menggeleng.

      "Juminah... Juminah..."



Dari jauh, kelibat Julie yang berlari-lari anak dapat diperhatikan oleh Mei Mei, Malisa dan Marshalya. Malisa yang sudah bercekak pinggang mengerling Julie sekilas.

      "Julien sayang... you're late. A.G.A.I.N," sindir Marsha sambil tersenyum sinis.

      "Ju, kenapa you lambat?"

      "Okey, I tahu I salah. But... I'm sorry... Really-really sorry," ucap Julie.

      Mei Mei sekadar mengerling sebelum berkata. "Forget about that. Hari ini I nak bawa you all pergi sebuah tempat yang sangat menarik."

      Malisa, Marsha dan Julie sudah teruja dengan kata-kata Mei Mei. Kebiasaannya, mereka akan ke shopping complex, restoran-restoran mahal dan berjumpa dengan lelaki-lelaki kaya. Tetapi pada kali ini mereka dapat rasakan sesuatu yang jauh lebih menarik.

      "Tempat apa Mei?"

      "Ikut I," ujar Mei Mei yang mahu berahsia.

      Mereka berempat menaiki kereta mewah Mei Mei yang dipandu oleh Mei Mei sendiri. Tiba di 'tempat rahsia' itu, mereka berempat keluar dari perut Volkswagen mahal itu.

      "Night club?"

      "Yeah. Zoke Club. The most famous here," Mei Mei tersenyum.

      Julie teragak-agak untuk memasuki kelab itu. Seumur hidupnya, dia tidak pernah masuk ke tempat sebegitu. "Ju, come in." pelawa Marsha.

      "Ju, kenapa? You takut mak you marah?" cabar Malisa.

      Tercabar dengan kata-kata Malisa, Julie memasuki kelab malam itu dengan senyuman nipis di bibir...



Malam itu, Julie pulang ke rumahnya dalam keadaan mabuk. Pintu rumahnya tidak berkunci, jadi dia terus masuk ke dalam biliknya. Malam itu, tidurnya lena dengan baju yang berbau arak.



Apabila matahari tegak di atas kepala, barulah Julie bangun dari tidurnya. Dasar anak dara pemalas.

      Bangun dari tidur, Julie terus ke dapur. Kosong dan sunyi.

      'Mana emak?' hatinya berdetik.

      Puas dia mencari emaknya. Di dapur, tiada. Di ruang tamu, tiada. Di dalam bilik, tiada. Di halaman rumah, juga tiada.

      Mungkin kita pernah rasa
      Tentang cinta
      Yang takdirnya bukan untuk kita...

      Lagu 'I Love You' nyanyian Najwa Latif bergema. Julie mengangkat telefonnya.

      "Hello Mal."

      "..."
     
      "What?"

      "..."

      "Okey... sekarang?"

      "..."

      "I'll be there."

      Telefon ditutup dan dimasukkan ke dalam poket seluar. Dia terlupa seketika akan emaknya. Tanpa berlengah, dia mencapai tuala mandi dan berlalu ke bilik air dengan girang.



"You all tahu tak... tadi si Zayl tegur I, tahu... Dia kata I cantik. You all jangan jealous," kata Marsha dalam keadaan separuh sedar ketika mereka berempat menaiki kereta Mei Mei.

      "Alah, setakat Zayl... I pula, siap berdansa dengan Hedri lagi. Best... dia bagi I duit," gelak Julie.

      Mei Mei juga tidak mahu ketinggalan. Dia menoleh ke belakang. "I lagi hebat. Izmi, budak bawah umur tu..."

      Hon! Hon!

     Mei Mei berpaling. Dia membrek mengejut menyebabkan mereka berempat terdorong ke hadapan. Kepalanya terhantuk stereng kereta. Mereka pengsan di situ jua.



Kejadian tiga bulan yang lalu telah menyedarkannya daripada terus terpedaya dengan hiburan duniawi. Kini kakinya disahkan lumpuh untuk selamanya. Dia bernasib baik kerana dia hanya lumpuh, manakala Marsha dan Malisa disahkan hilang ingatan akibat hentakan kuat di kepala. Sementara Mei Mei menjadi gila, juga kerana hentakan kuat di kepala.

      Saat ini, Julie benar-benar terasa sunyi. Sebenarnya, setelah dia menampar emaknya hingga berdarah, Puan Aisyah telah menghantar emaknya ke hospital. Dalam perjalanan ke hospital, tiba-tiba sebuah kereta telah melanggar kereta Puan Aisyah dari belakang menyebabkan emaknya meninggal dunia.

      Kini dia hidup sebatang kara. Tiada tempat mengadu domba. Dia hilang tempat bergantung dalam sekelip mata. Hidupnya terumbang-ambing.

      Walaupun hidup susah dan hanya mengharapkan bantuan kerajaan dan menyara hidup dengan menjual nasi lemak, dia reda kerana inilah balasan yang wajar diterimanya. Dia anak derhaka. Dia reda jika emaknya tidak memaafkannya. Dia reda jika Allah tidak menerima taubatnya.

      Hanya ini yang mampu dia lakukan. Terus berdoa agar diampunkan dosa dan berusaha demi akhirat kelak.



MORAL DAN PENGAJARAN :

1. Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa kita.
2. Sentiasa mengingati-Nya dan Dia akan mengingati kita.
3. Kawan memainkan peranan penting. Pilihlah kawan dengan bijak!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan