Hai... hai... hai! Bertemu kembali kita dalam blog Nahnu Muslimah. Ada juga orang yang tertanya-tanya, 'nahnu' itu maksudnya apa? Hahaha... kalau nak tahu, 'nahnu' itu bahasa arab yang bermaksud 'kami'. Faham?
Dulu, saya dah tulis macam mana hendak buat blog, bukan? Kali ini, saya akan bercerita tentang cara-cara meletak header di dalam blog. Macam mana? Senang sahaja! Semudah makan kacang hijau yang rangup!
Mula-mula, pergi www.blogger.com. Kemudian, klik go to post list. Seterusnya (amboi, macam karangan pula! Apa penanda wacana >_<), di sebelah kiri anda, ada tertulis :
Overview
Post
All (yang ini tak wajib)
Pages
Google+
Stats
Earnings
Layout
Template
Settings
Klik Layout. Okey, sekarang tengok, di atas sebelah kiri ada tulis Favicon, bukan? Di atas sebelah kanan pula, ada tulis Navbar, ya tak? Kalau anda ada, ataupun tak ada, tengok title blog anda. Contohnya, title blog ini : Nahnu Muslimah. Ianya akan tertulis, contoh : Nahnu Muslimah (Header). Klik Edit. Kalau nak tulis description, tulislah. Kalau tak nak, tak perlu tulis. Klik choose file, dan pilihlah gambar mana yang mahu dijadikan header. Tambahan, untuk blog ini, kami klik instead of title and description dan juga shrink to fit. Kalau nak klik, klik. Kalau tak nak, tak perlu klik.
Kemudian, tekan save. Dan akhir sekali, klik save arrangement. Klik View your blog untuk melihat hasilnya. Enjoy!
As always, kita perlu sentiasa mengingati-Nya agar Dia tidak melupakan kita. Entri ini akan diakhiri dengan tasbih kifarah dan suratul asr.
Wassalam...
Yang Sayangkan Dunia Blogging,
Admin e-Na Mimi



Tiada ulasan:
Catat Ulasan