Tengok tajuk entri kali ini, pasti semua orang sudah tahu apa isinya. Tanpa berlengah lagi, izinkan saya menulis sedikit biodata tentang ahli baru Kami Muslimah ini.
Nama : (RAHSIA)
Umur : 11 tahun
Rumah sukan : Biru
Warna kegemaran : Biru
Tarikh lahir : 2 September 2002
Info tambahan : Seorang yang banyak cakap dan obses akan Yoyo.
Dan ahli yang seorang ini agak cerewet. Yalah, siapalah yang tidak akan pening kepala apabila dia beritahu nama samaran dia Mayra, selepas itu Tene... kemudian Wa, dan baru-baru ini, dia beritahu dia mahu ubah nama samaran dia. Dia mahu nama Nora Danish. Ya! Nora Danish. Bukan Nera Elena watak dalam Nomik karya Ain Maisarah itu ya!
Aduh... tukar topik pula!
Maaf ya kawan-kawan dan juga Mayra atau apa-apa sahajalah. Sebenarnya isi utama kita untuk kali ini adalah mengenai budak perempuan ini yang sering menukar nama samarannya. Walaupun ianya nampak kecil, tetapi sebenarnya ia adalah suatu perkara yang sangat besar buat Kami Muslimah.
Pada awal kemasukan budak baharu ini, dia memilih nama Mayra sebagai lambang identitinya. Tidak lama kemudian, dia pun berangan konon-kononnya Dini itu kembarnya, jadi dia pun menukar nama samarannya kepada Tene. Yalah, Tene-Dini kedengaran hampir serupa. Jadi macam mereka berdua ini kembar.
Selepas itu, mungkin setelah dia membaca sebuah novel yang mana heroinnya bernama Nurul Najwa menyebabkan dia memilih untuk menukar nama samarannya kepada Wa (bukan wau). Selepas menonton sebuah drama Melayu mungkin, dia hendak tukar pula nama samarannya kepada Nora.
Ada orang tanya, dia minat Nora Danishkah? Dia pun jawab, "Taklah. Saya tidak minat Nora Danish. Saya meminati Aaron Aziz dan Syafiq Yusof, okey?"
Hmmm... sudahlah. Penat pula bercerita tentang budak ini. Nanti apabila sudah dapat keputusan yang tepat tentang nama samarannya, saya beritahu.
Ops! Ada saya beritahu yang budak ini memegang jawatan Penolong Presenter II?
Maaf, nanti-nantilah saya bercerita. Nanti saya bercerita macam mana mesyuarat agung Kami Muslimah itu diadakan... di mana ianya diadakan dan banyak lagi.
Baiklah, seperti biasa, tanpa perlu saya beritahu, mungkin anda sudah tahu bahawa entri ini akan diakhiri dengan tasbih kifarah dan suratul asr.
Wassalam...
Yang Pening Kepala,
Admin e-Na Mimi



Tiada ulasan:
Catat Ulasan