Selasa, 12 Mac 2013
Pada Suatu Hari... Kami Jadi Terkenal!
Ehem, ehem... Apa khabar? Kalau tak sihat, sila jumpa doktor cepat-cepat ya. Nanti berjangkit pula virus pada blog ini. (just joking. Jangan ambil hati ya!)
Hehehe... Dah tengok tajuk entri kali ni? (semasa tulis ni, hidung saya jadi kembang satu sentimeter dan tersengih seorang diri!) Percayalah, memang betul apa yang saya tulis di atas. Begini ceritanya...
Pada suatu hari yang indah lagi permai, burung-burung berkicauan, saya dan ahli-ahli Kumpulan Kami Muslimah yang lain sedang membuat peta minda. Well, erm... sekolah kami merupakan sekolah yang pertama di Negeri Terengganu yang menggunakan i-THINK. Apa itu i-THINK? Saya hendak ceritalah ni... Baca sampai habis ya. Baru faham apa itu i-THINK.
Kemudian, cikgu menyuruh HANYA Kumpulan Kami Muslimah yang mengangkat peta minda yang sedang dibuat dan senyum. Kami tahu cikgu nak ambil gambar, so kami buatlah muka senyum. Tak sangka pula dengan gambar itu sahaja... kami jadi terkenal! Oh, gembiranya saya!
Macam mana dengan gambar itu kami jadi terkenal?
Cikgu kami memasukkan gambar itu ke dalam err... Majalah i-THINK yang tidak boleh dibeli atau dilanggan tetapi boleh dilihat secara online.
Untuk melihat gambar Kumpulan Kami Muslimah, sila cari di Pak Cik Google. Next step, tulis majalah i-THINK. Then, tekan Sekolahku Syurgaku : Majalah HOTS e-MAG Untuk Program i-THINK. After that, klik Volume 5. Cari mukasurat 18 dan 19 ya! Di dalamnya terdapat gambar Kumpulan Kami Muslimah yang LAMA. Sebenarnya, saya boleh beri anda link itu, cuma saya malas. Tak mengapalah, cuba-cubalah jadi rajin sikit ya! :P
Okeylah, sampai di sini sahaja entri kali ni. Oh ya, kalau nak tahu tentang i-THINK dengan lebih lanjut, silalah buka majalah online di atas ya! Baiklah, kita tamatkan entri kali ni dengan tasbih kifarah dan suratul asr.
Wassalam...
Yang Perasan Terkenal,
Admin e-Na Mimi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



Tiada ulasan:
Catat Ulasan