Rainbow

Peringatan Untuk Anda

Assalamualaikum awak :) Jangan 'copy' cerita saya ya! Love you!

Isnin, 4 November 2013

Pada Suatu Hari... KKBAT?




Okey, mula-mula saya nak minta maaf sebab... eh, dah tahu sebab apa? Wah, pandai anda teka! Saya nak minta maaf sebab dah terlalu lama tak update blog. Sorry again... >_<

Nak tahu kenapa sudah terlalu lama, bahkan musang pun sudah berjanggut tetapi saya masih tidak mengupdate blog yang paling hebat ini? Amboi, perasannya!

Ini semua kerana... PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2013! Ya! Salahkan benda ini okey!

Sebenarnya, peperiksaan sudah berakhir pada hari Khamis yang lalu, tetapi saya tidak mengemaskini blog pada hari itu kerana saya mahu bermain sepuas-puasnya. Yalah! Cuba anda tanya pada diri sendiri, selepas habis UPSR, anda bermain atau anda belajar?

Baiklah, baiklah. Sekarang, saya hendak bercerita tentang KKBAT.

KKBAT? Apa itu KKBAT? Dan kenapa saya tulis entri ni? Haa... kalau nak tahu, baca entri ini sampai habis.

KKBAT atau Karnival Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ini yang melibatkan pegawai-pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan sepuluh buah Sekolah Showcase i-Think telah berlangsung pada 4 - 6 Oktober 2013 di sekolah saya, iaitu Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar di Kuala Terengganu, Terengganu. Untuk maklumat lanjut, sila klik --> SINI

Karnival berprestij tinggi ini disertai oleh 12 orang pelaar dari Sekolah Showcase i-Think di seluruh negara. Tiga orang anggota Kami Muslimah turut menyertai karnival ini iaitu saya, Kina dan Nasha.


Karnival ini mempunyai 3 jenis pertandingan, iaitu pertandingan mencipta video yang bertajuk Saya Sayang Malaysia. Pertandingan ini paling senang. Kita cipta video, kemudian edit, kemudian bentang. Habis cerita. Pertandingan ini disertai oleh 4 orang, iaitu Cincau (ketua), Izza, Raii dan Hazema.

Pertandingan kedua yang paling susah ialah pertandingan membina model bangunan-bangunan bersejarah. Setiap kumpulan akan diberikan bahan-bahan yang tertentu dan ketua kumpulan akan mengundi apakah model bangunan yang akan mereka bina nanti. Masa yang diberi adalah 4 jam. Sama ada mereka akan membina Bangunan Sultan Abdul Samad, Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan dan Istana Lama Seri Menanti. Senang ke nak buat ni? Oh, lupa nak cakap. Nasha dan Kina terpilih untuk memasuki pertandingan ini. Ketuanya ialah Putna. Selain daripada Putna, Nasha dan Kina, Chicken juga terpilih untuk menyertai pertandingan hebat ini.

Pertandingan yang paling susah di atas dunia ini (Wah, wah!) ialah pertandingan yang disertai oleh saya sendiri, iaitu Pertandingan Galur Peristiwa Bersejarah. Pertandingan ini memang menguji kecerdasan akal, mental, fizikal dan emosi. Memang susah tahap perang dunia ketujuh! Pertandingan ini diketuai oleh saya, dan disertai oleh Izzaro, Padi dan Rasya.

Saya lupa pula hendak beritahu, bagi pertandingan video, SK. Pusat Bukit Besar iaitu my beloved school menang tempat keempat per enam. Eh, kenapa per enam? Bukan sepatutnya per sepuluh? Saya lupa nak beritahu (ayoyo! Sudah nyanyukkah?), enam buah Sekolah Showcase i-Think itu adalah sekolah rendah manakala yang selebihnya adalah sekolah menengah. Okey? Mereka mendapat hamper bernilai RM 200 sebagai hadiah.

Bagi pertandingan membina model, sekolah saya mendapat tempat kelima per enam. Eh, sebelum hendak mengata atau mengumpat, tolong simpan perkataan ini baik-baik ya! PERTANDINGAN INI SANGAT SUSAH. Hadiah mereka sama, iaitu hamper bernilai RM 200.

Untuk pertandingan galur peristiwa pula, saya mendapat tempat ketiga per enam dan memenangi wang tunai sebanyak RM 500 sekumpulan. Kumpulan saya ada empat orang. Saya dan kawan-kawan yang lain bersetuju untuk mengambil hanya RM 100 dan baki RM 100 itu diberikan kepada cikgu yang melatih kami sebagai tanda penghargaan.



*Dari belakang kiri : Cikgu HH (bukan nama sebenar), Izza (bukan nama sebenar), Kina Raihana, Chicken (bukan nama sebenar), Putna (bukan nama sebenar), Nashaniya Nasuha Huda, Rasya (bukan nama sebenar), Cikgu AA (bukan nama sebenar), Izzaro (bukan nama sebenar), Cincau (bukan nama sebenar), Aimi Syazriena, Padi (bukan nama sebenar), Hazema (bukan nama sebenar), Raii (bukan nama sebenar dan Cikgu SA (bukan nama sebenar).

*Dari hadapan kiri : Cikgu RR (bukan nama sebenar), Cikgu NZ (bukan nama sebenar), Cikgu RA (bukan nama sebenar), Cikgu AAA (cukan nama sebenar), Cikgu HCE (bukan nama sebenar), Cikgu WK (bukan nama sebenar) dan Cikgu WMWI (bukan nama sebenar).



*Dari kiri : Cikgu HH, Kina Raihana, Nashaniya Nasuha Huda, Chicken, Putna, Aimi Syazriena, Izzaro, Rasya, Padi, Cincau, Raii, Hazema dan Izza.

Letih juga menaip ni. Baiklah, dengan ini saya merasmikan penutup entri ini dengan bacaan tasbih kifarah dan suratul asr.

Wassalam...

Yang Riang Seriang Kanak-Kanak Ribena,
Admin e-Na Mimi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan