Rainbow

Peringatan Untuk Anda

Assalamualaikum awak :) Jangan 'copy' cerita saya ya! Love you!

Jumaat, 28 Jun 2013

Berita Tergempar Lagi Digemparkan Lagi Menggemparkan : Tentang Ira!



Mula-mula, saya mewakili Kami Muslimah mahu meminta maaf sebab sudah terlalu lama tidak meng'update' blog. Maafkan kami ya!

Sebenarnya... ada gosip terbaru tentang Ira! Nak tahu?

Ceritanya bermula begini...

Pada suatu hari yang tenang lagi mendamaikan, tiga orang ahli Kumpulan Kami Muslimah sedang bertikam lidah tentang pergaduhan melibatkan luas kawasan masing-masing.

Nasha : Saya dah kata, jangan letak barang awak di tempat saya!

Ira        : Saya tak letak pun! 

Nasha : Bohong! Ini apa?

Ira        : Oh... kalau saya lebih, tidak boleh. Kalau awak lebih, boleh pula ya!

Aimi     : Ira...! Sudah terang lagi bersuluh, awak letak barang awak di meja 
               Nasha! Tengok, awak pun letak barang awak di meja saya! Habis 
               bersepah meja saya!

Ira         : Saya letak barang saya sedikit sahaja di tempat meja awak berdua!

Nasha  : Sudahlah, Ira!

Ira        : Apa kena dengan awak ni, Nasha dan Aimi?

Aimi     : Yang tak kena tu ialah awak, Ira!

Ira        Shut up, Aimi! Awak ingat meja awak cantik sangatlah apabila                                  
              awak membalutnya dengan pembalut hadiah bercorak bunga-bunga                
              berwarna merah jambu? Hei, saya pun tak inginlah nak letak barang 
              saya di meja awak! Najis!

Aimi     : Apa awak kata?

Ira         : Awak ada masalah pendengarankah? Saya kata meja awak najis!

Aimi     : Cukup, Ira! Awak sudah melampau!

Ira         : Hei! Sekarang ni, siapa yang sudah melampau sebenarnya? Awak 
               atau saya?

Kina     : Sudahlah tu, Nasha, Aimi dan Ira! Tak malu ke bergaduh macam 
               budak kecil?

Nasha  : Aimi! Sudahlah, tidak ada gunanya awak hendak bertekak dengan Ira
               lagi! Dengar sini semua, mulai hari ini, jangan sesiapa meletakkan 
               barang di tempat atau meja orang lain! Termasuk awak, Ira!

Ira      : Tak perlulah awak hendak mengingatkan saya tentang itu, Nasha. 
             Kerana pergaduhan tadi sudah saya anggap umpama awak semua 
             tidak menerima saya sebagai ahli Kumpulan Kami Muslimah 
             sepenuhnya! Dan itu bererti, saya patut mengundurkan diri daripada 
             menjadi ahli kumpulan ini. Barang-barang awak semua bernilai RM 2!
            Termasuklah maruah awak semua! Semuanya RM 2! Terutama awak,         
            Aimi Si Tong Sampah!

Terlopong mulut Nasha, Kina, saya, Dini dan Tasha. Jikalau dahulu, Ira adalah orang kiri Nasha yang dipercayai selain daripada Kina. Kini, Ira adalah musuh utama Kumpulan Kami Muslimah kerana dikhuatiri akan membocorkan rahsia kumpulan kepada kumpulan yang lain.

Dan yang paling menaikkan darah Kumpulan Kami Muslimah, ialah apabila Ira mengatakan bahawa nilai maruah Kami Muslimah hanya bernilai RM 2. Itu benar-benar melampau!

Kini, Ira telah berpindah ke kumpulan yang lain, kumpulan yang diketuai oleh Nanas (bukan nama sebenar).

Sebenarnya, Dini, Kina dan Tasha juga sudah berura-ura mahu memujuk Ira agar kembali kepada Kumpulan Kami Muslimah, kerana kebanyakan rahsia Kami Muslimah berada di tangannya. Segala kelemahan dan kelebihan, semuanya dalam genggaman Ira. Al-maklumlah, pengurus kumpulan kataka... Namun apabila ditegah oleh Nasha Si Ketua Kumpulan, hajat mereka hanya tinggal angan-angan yang sukar untuk dicapai.

Sekian sahaja berita tergempar lagi digemparkan lagi menggemparkan, diakhiri dengan tasbih kifarah dan suratul asr.

Wassalam...

Yang Naik Angin,
Admin e-Na Mimi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan