Oleh kerana dengan rasminya Ira sudah keluar daripada ahli Kumpulan Kami Muslimah, jadi dengan rasminya, Nasha telah melantik salah seorang daripada pemohon yang telah memohon dan mengisi borang untuk menjadi ahli Kumpulan Kami Muslimah... Okey, okey, saya bohong.
Nasha telah melantik Mayra yang mahu berpindah ke kumpulan kami. Jadi dengan itu, Mayra telah menjadi ahli Kumpulan Kami Muslimah yang seramai enam orang sekali gus menggantikan posisi Ira sebagai Pengurus Kami Muslimah.
Namun Nasha memutuskan untuk mengadakan mesyuarat untuk bermesyuarat tentang carta organisasi Kami Muslimah yang baru.
Akhir kata, selamat datang Mayra dan ucapan ini akan diakhiri dengan tasbih kifarah dan suratul asr.
Wassalam...
Yang mengalu-alukan kedatangan Mayra,
Admin e-Na Mimi



Tiada ulasan:
Catat Ulasan