Jamuan akhir tahun ni sebenarnya telah berlangsung kelmarin, iaitu pada 11 November 2013. Apa? Dah lepas baru nak beritahu?
Please! Masa tak cukup, tahu tak, nak kena tunggu berapa jam di hadapan komputer semata-mata untuk mengupload video untuk tontonan anda semua?
Apa kata kalau kita biarkan gambar berbicara? Saya terasa malas untuk menulis hari ini. Sakit tangan, sakit kepala dan sakit hati!
Sakit hati, dengan siapa pula?
Dengan awaklah, siapa lagi? Suka-suka nenek moyang dia sahaja hendak tuduh saya macam-macam hanya semata-mata kerana saya terlambat mengupdate cerita tentang jamuan kelas! Kejam betul! >;<
Sejujurnya, saya, Kina dan Tasha hanya sempat menghadiri jamuan yang penuh makna ini hanya selama satu jam! Bayangkan... :'(
Mengapa? Ini kerana, kami perlu berlatih bagi membuat persiapan untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan 2013, hari ini.
Hari ini? Sekejap, habiskan entri ini dulu, barulah saya cerita tentang majlis gilang-gemilang itu.
Meriah tak jamuan kelas kami? Meriah kan, kan? (sila jangan sebut tidak meriah, kalau tidak, saya mengamuk dan bertukar menjadi Hulk)
Akhir kata, bagi memberkati entri ini, bersama-samalah kita membaca tasbih kifarah dan suratul asr.
Wassalam...
Yang Kekenyangan,
Admin e-Na Mimi



.jpg)
.jpg)














Tiada ulasan:
Catat Ulasan