Hai... hai... hai! Kali ini saya mahu awak, ya, awaklah! Alah, pura-pura tak tahu konon! Hei, awak yang sedang membaca blog Nahnu Muslimah, cepat tengok video yang terlajak pendek ini!
Video? Video parody ke? Ataupun video dokumentari?
Eh, eh, hello! Bukankah sudah saya beritahu, ini video pendek. Bukannya parody ataupun dokumentari!
Aduh, berceloteh panjang pula saya ini ya! @,@ Sudahlah, mari kita sama-sama menyaksikan... video lawak antara galaksi, yang dihasilkan oleh:
KAMI MUSLIMAH! (tepuk, tepuk, jangan tak tepuk!)
Pengarah : Aimi Syazriena (siapa lagi kalau bukan saya)
Jutawan Chalet : Aimi Syazriena (ehem, ehem... alahai...)
Guru Santai : Kina Raihana
Jurukamera : Nashaniya Nasuha Huda
3 orang sahaja yang menjayakan video pendek ini?
Yalah! Mahu banyak mana lagi?
Sudah, sudah! Tanpa berlengah lagi, dengan bangganya, Kami Muslimah mempersembahkan... (sambil melompat bintang dan menari balet)
JUARA VIDEO LAWAK ANTARA GALAKSI
Dah tonton? Memang patut menjadi juara pertandingan video lawak antara galaksi, kan, kan?
Aduh! Mata sudah sakit akibat menunggu video ini diupload terlalu lama. Sakitnya!!! >;> Huhuhu...
Sebelum entri ini berakhir, saya mahu memberitahu awak semua berita baru tentang Mayra (atau apa-apa sahajalah).
Kenapa dengan Mayra?
Dia telah pergi ke Itali beberapa hari yang lalu. Sedih, bukan? Kalau sayang sangat dengan dia, tengoklah gambar-gambar dia di Itali di : Are Nis E
Jom kita akhiri entri ini dengan selawat syifa, tasbih kifarah dan suratul asr.
Wassalam...
Jutawan Chalet,
Admin e-Na Mimi



Tiada ulasan:
Catat Ulasan