Kecewa? Dengan seseorang ke? Hahaha... itu adalah perkara yang paling kelakar!
Kali ini cerita pasal kekecewaan Nasha, Tasha, Kina dan saya. Namun ianya sama sekali tiada kaitan dengan orang lain kecuali orang yang akan saya ceritakan ini.
Perkara ini mungkin akan mengaibkan orang tersebut, jadi saya tidak akan memberitahu nama orang itu.
Begini ceritanya...
Saya, Nasha, Tasha dan Kina memberitahu kepada orang ini tentang blog cantik lagi bersinar ini kerana kami percaya orang ini tidak akan memberitahu kepada sesiapa pun apa-apa sahaja tentang blog Kami Muslimah.
Malangnya, harapkan pagar, pagar makan padi. Mungkin itu adalah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan keadaan kami berempat.
Orang itu memberitahu kepada musuh kami tentang blog ini. Ianya membuatkan hati kami berempat retak, seperti mutiara kaca yang cantik bersinar jatuh akibat dihempas.
Kami sungguh-sungguh kecewa!
Lebih baik saya berhenti menaip sekarang, jika tidak, pasti sumpah seranah akan keluar daripada mulut saya. Oleh itu, entri ini ditamatkan dengan bacaan tasbih kifarah dan suratul asr agar hati menjadi tenang.
Wassalam...
Yang Kecewa,
Admin e-Na Mimi



Tiada ulasan:
Catat Ulasan